Monday, 12 January 2015

4 Petua Naikkan Seri Wajah Agar Suami Sentiasa Terpikat

Assalammualaikum,

Hari ni saya nak kongsikan Petua Naikkan Seri Wajah. Petua nya sangat mudah dan pasti selepas konsisten mengamalkannya, InsyaAllah suami akan sentiasa terpikat. Best kan, dapat kulit yang cantik, rumah tangga pun bahagia.

petua naikkan seri wajah

1. Minum air kosong secukupnya. 

Untuk dapatkan kulit yang cantik berseri, kita perlu minum air kosong secukupnya. Ianya membantu untuk menyingkirkan toksik di dalam badan. Badan yang bebas toksik, akan kekal sihat dan kulit pun akan cantik berseri.

2. Amalan masker muka

Kulit yang kusam terjadi akibat kita malas nak jaga kecantikan kulit. Amalkan rutin memakai masker muka agar kulit jadi lebih segar, kulit mati dapat disingkirkan dan lebih berseri.

3. Berwudhu'

Mengambil air wudhu' sebelum solat ataupun sentiasa dalam keadaan berwudhu' boleh juga menaikkan seri wajah anda.

4. Makan lebih buah-buahan

Ambil buah-buahan seperti Orange, Blueberry, tomato yang mengandungi vitamin C dan A serta antioksidan yang bagus


Selamat mengamalkan 4 petua mudah ni ya.

0 comments:

Post a Comment