Wednesday 14 November 2018

Yang ada PARUT JERAWAT, Tinggalkan SKIN CARE REGIMEN ini dan anda akan MENYESAL

Memang nampak mudah kalau pakai satu atau dua produk sahaja. Jimat masa dan duit kononnya. Tetapi kita kena tahu kepentingan adanya 'skin care regimen' yang lengkap. Pakar kecantikan dan dermatologi hasilkan 'skin care regimen' yang lengkap kerana setiap langkah itu ada peranannya. Yang ada PARUT JERAWAT, pastikan baca dengan teliti kalau tidak mahu menyesal.



Shaklee hasilkan skin care dengan kolaborasi PAKAR DERMATOLOGI SELURUH DUNIA maka terhasil lah YOUTH yang lengkap merangkumi kesemua langkah dalam skin care regimen. Sebab setiap satu langkah tu ada fungsi berbeza kepada kulit. Dan yang penting menjaga kulit kita dengan baik untuk jangka masa yang lama.


TONER. 
Selepas muka dah dicuci dengan cleanser, sangat penting untuk memakai toner. Youth Perfecting Skin Toner ni bertindak sebagai double cleanse juga. Toner penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, menstabilkan pH kulit supaya kulit bersedia menerima SERUM dan Moisturizer pula selepas itu. Agar penyerapan keduanya lebih optimum.

SUNSCREEN
Wajib ok pakai sunscreen. Malaysia ni panas. Sinaran uv boleh merosakkan kulit kita dan menyebabkan jeragat pula yang muncul. Sunscreen juga penting untuk menjaga sel kulit baru yang tumbuh. Kalau tak dilindungi dengan sunscreen, sel kulit baru akan mati dan kulit akan sentiasa la kusam.

KRIM MALAM
Krim malam pun sangat penting supya kulit kita sentiasa terhidrat. Waktu tidur adalah masa yang baik untuk perbaiki kulit kita. Krim malam juga perlu disapu disekitar leher supaya leher kita pun kelihatan muda. Jadi tidaklah kulit muka sahaja yang tegang tapi leher berkedut kan.


Jadi sekiranya hendak membuat keputusan memilih skin care yang mana, skin cae tersebut perlu lah lengkap. Dari cleanser, toner, serum, moisturizer, sunscreen, night cream ye.

Ok nanti InsyaAllah saya akan kongsikan banyak lagi tips penjagaan kulit yang menarik ye.

be'youth'iful by Najihah Razali
xoxo

Monday 9 March 2015

Masalah Tumit Kaki Merekah & Kasar Penyebab Suami TAKNAK Dekat

Siapa ada masalah tumit kaki merekah? Hah ada tak suami komplen kaki kasar dan dia taknak duduk dekat sebab takut tergesel kat kaki dia. Keras dan sakit tercucuk-cucuk katanya. Aduhai sedihnya rasa hati ye tak? Tapi tak apa, saya nak share kan sesuatu yang menarik untuk anda atasi masalah tumit kasar dan merekah ni.
Aduhai macam mana nak hilang ni??

Penat kan sapu segala losyen tapi tak membuahkan hasil yang diinginkan. Bagus usaha tu, teruskan tetapi dengan menukar kepada cream Herbal Blend yang sangat serbaguna tetapi perlu tahu, kulit merekah harus juga dirawat dari dalam. Maksudnya kena ambil pemakanan yang sesuai untuk kulit dan lebih-lebih lagi untuk kulit mati, kesat, kasar seperti di tumit kaki tu.

Nak kongsikan pengalaman pengguna Energizing Soy Protein, ESP dan juga Sustained Release Vita C. Kalau sebelum ni tapak kaki merekah teruk, selepas mengamalkan makanan tambahan ini, Alhamdulillah, tumit merekah tiada dan halus bak bayi katanya. Alhamdulillah

masalah tumit pecah
Macam tapak kaki baby

masalah tapak kaki kasar
Alhamdulillah, suami puji tapak kaki semakin lembut.

Apa kelebihan ESP ni untuk kulit? Jom baca manfaat nya.

Antara Manfaat Utama ESP
  • Awet Muda dimana asid amino berperanan untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan gland
  • Baik untuk hormon dimana kandungan isoflavones dalam kacang soya membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Baik untuk prostat, Genistin yang terkandung dalam kacang soya terbukti mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Juga baik untuk untukuterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat
  • Kulit remaja, baik untuk kulit di mana merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga, membekalkan tenaga dengan cepat dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  • Membaiki pigmentasi, membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur
  • Membaiki memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
Selain bagus untuk kulit, banyak lagi manfaat lain seperti yang telah saya senaraikan di atas.


Jom baca kelebihan Sustained Release Vita C pula ok.

Manfaat Sustained Release Vita C Shaklee;
  • Membentuk Kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser- Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit- Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia- Ia memperbaiki Insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat- Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Ok jangan biarkan tapak dan tumit kaki anda kekal kasar dan merekah pecah-pecah. Sampai bila nak menahan sebak di hati bila suami asyik kutuk dan tak mahu dekat-dekat dengan kita kan. Nak dapatkan Set Tumit Cantik ni, boleh whatsapp saya, Najihah di 0123807024 untuk order yang pantas serta konsultasi istimewa untuk anda yang nak bercantik-cantik.

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN DAN DISKAUN SEHINGGA 20% DENGAN MENJADI AHLI

This entry was posted in

Wednesday 28 January 2015

Krim Malam Yang Bagus Untuk Kulit Kering Supaya Tak Tumbuh Jeragat

Assalammualaikum,

Penggunaan krim malam yang bagus untuk kulit kering adalah sangat penting agar tidak terjadi masalah jeragat pula pada muka. Selain masalah jeragat, pengunaan krim malam secara konsisten juga dapat mengurangkan garis halus di wajah terutama di bahagian tepi mata. Anda pasti tak mahu terbeban dengan masalah garis kedutan halus di usia muda kan, apatah lagi masalah jeragat.




Salah satu tips kecantikan dari dulu hingga kini adalah dengan mengoleskan krim malam setiap hari sebelum tidur. Ini bagus kerana ianya membantu memperbaiki kulit wajah kita semasa kita dalam keadaan rehat (tidur). 

Saya nak kongsikan pengalaman saya baru-baru ini. Saya memang ada masalah kulit kering di bahagian tulang pipi. Sejak akhir-akhir ini semakin teruk mungkin sejak kebelakangan ini cuaca agak panas di waktu malam, jadi saya tidur dalam air cond. Kulit di bahagian tulang pipi tu menjadi kering dan sangat perit. Tidak!!! Ini boleh menjurus kepada masalah jeragat tau.

Jadi cepat-cepat saya dapatkan krim malam ini iaitu 'Overnight Renewal Whitening Cream' selepas membaca testimoni yang menarik dari rakan-rakan. Ada yang kata kulit semakin lembut, pori mengecil malah parut jerawat lama pun semakin memudar.

Apa lagi saya pun order dengan segera dan bila parcel sampai keesokkan harinya, cepat-cepat saya buka tengok krim malam ini. Tak sabar nak tunggu malam untuk pakai. 

Alhamdulillah, seminggu pakai krim malam ini, hilanglah kulit kering di tulang pipi tu dan tiada lagi perit, Bangun tidur rasa muka semakin cerah dan sihat. Lega sangat rasa. Risau lah kan kalau tiba-tiba muka ada jeragat.

krim malam yang bagus untuk kulit berminyak
Rutin kecantikan sebelum tidur

Apa yang buat saya lebih jatuh cinta ialah, ianya dari bahan semulajadi. Kena lah pilih yang betul-betul berkualiti kan. Kalau pakai cream sebarangan, bimbang beri kesan tak elok pada kulit, jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang macam kanser kulit, Nauzubillah.

Kalau anda ada masalah yang sama dan nak atasi segera boleh hubungi saya melalui whatsapp/telegram 012-3807024. Jangan ambil mudah tau masalah kulit muka ni. Kulit muka yang bersih dan sihat boleh tingkatkan keyakinan diri kita dan tentunya salah satu cara untuk tawan hati suami kita kan. 

Ok Selamat Bercantik-cantik


This entry was posted in

Monday 12 January 2015

4 Petua Naikkan Seri Wajah Agar Suami Sentiasa Terpikat

Assalammualaikum,

Hari ni saya nak kongsikan Petua Naikkan Seri Wajah. Petua nya sangat mudah dan pasti selepas konsisten mengamalkannya, InsyaAllah suami akan sentiasa terpikat. Best kan, dapat kulit yang cantik, rumah tangga pun bahagia.

petua naikkan seri wajah

1. Minum air kosong secukupnya. 

Untuk dapatkan kulit yang cantik berseri, kita perlu minum air kosong secukupnya. Ianya membantu untuk menyingkirkan toksik di dalam badan. Badan yang bebas toksik, akan kekal sihat dan kulit pun akan cantik berseri.

2. Amalan masker muka

Kulit yang kusam terjadi akibat kita malas nak jaga kecantikan kulit. Amalkan rutin memakai masker muka agar kulit jadi lebih segar, kulit mati dapat disingkirkan dan lebih berseri.

3. Berwudhu'

Mengambil air wudhu' sebelum solat ataupun sentiasa dalam keadaan berwudhu' boleh juga menaikkan seri wajah anda.

4. Makan lebih buah-buahan

Ambil buah-buahan seperti Orange, Blueberry, tomato yang mengandungi vitamin C dan A serta antioksidan yang bagus


Selamat mengamalkan 4 petua mudah ni ya.

Saturday 10 January 2015

Masalah Rambut Botak Tengah Di Usia Muda

Assalammualaikum,

Masalah rambut botak tengah walaupun baru berusia 30an pasti merunsingkan kan? Nak pulak kawan pejabat, malah isteri sendiri asek tegur je bab rambut yang semakin botak tu. Kurang handsome katanya. Apa nak buat?


masalah rambut gugur dan botak

Rawat dari dalam.

Bagi masalah rambut yang sering gugur, itu tandanya anda kurang nutrisi untuk kesihatan rambut. Jadi, baiki dari dalam dengan mengamalkan Zinc Complex dan Vitalea. Zinc Complex membantu menyihatkan rambut kita supaya tidak lagi rapuh dan cepat gugur. Vitalea pula memberi nutrisi Zat Besi yang juga bagus untuk kesihatan rambut. 

masalah rambut gugur

Pilih shampoo yang betul

Pemilihan shampoo yang betul yang bebas dari bahan kimia merbahaya juga sangat penting. Rambut sangat 'delicate' jadi penjagaan yang sangat rapi diperlukan. Selain merawat dari dalam, anda juga boleh gunakan Set Penjagaan Rambut Prosante ini. Set ini terdiri daripada Prosante Shampoo, Prosante Conditioner, Prosante Nourishing Scalp Serum. Fungsi shampoo dan conditioner adalah untuk memelihara kesihatan rambut manakala Nourishing Scalp Serum ini akan membantu membaiki masalah kulit kepala dan juga merangsang pertumbuhan rambut.

Testimoni Pengguna
'So ada la suatu hari ni, customer merangkap jiran Jiha, dia nak order Nourishing Scalp Treatment. Sebelum tu dia ada amek Zinc Complex. Dan selepas 2 minggu, Jiha follow up la dia. Ternyata dia puas hati. Dia kata rambut dah kurang gugur dan nampak lebat.'

Hah tu belum ambil full set pun dah nampak perubahan positif pada rambut kan. Memang ternyata berkesan. Alhamdulillah

Jadi, anda dah rimas dah kan melihat rambut yang asyik gugur sahaja sampai dah boleh nampak kulit kepala tu. Rasa rendah diri lah kan sebab umur masih muda tapi kepala dah mula botak, rambut pun kusut dan nampak tak bermaya. Baru nak belai-belai rambut sikit, rambut dah tercabut. Kalau anda nak atasi masalah rambut gugur yang boleh membawa ke arah kebotakan ini, hubungi saya di 012-3807024. Rambut yang cantik pasti akan beri mood yang ceria pada diri sendiri kan. Hargai lah rambut anda, jangan biarkan ianya rosak, busuk dan gugur hingga botak.

agent shaklee penang


This entry was posted in